Gantung Anak Patung Bawah Bumper?
Sudah tentu sahabat-sahabat pernah
melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper
kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang
Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat
mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh
kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung
pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu
teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya
roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.
Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti
petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah,
tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan
membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)
Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang
menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat
Abu Daud).
Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara
tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam
atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita
sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..
SUMBER: Hamba Allah
PESANAN : tolong sebarkan.








